Selamat Datang

Kursus Penyebaran DSKP KSSR TMK Tahun 6.

Peserta Kursus Penyebaran DSKP KSSR TMK Tahun 6

SK Putra, Jelebu, Negeri Sembilan. (1-2 April 2015)

Peserta Kursus Penyebaran DSKP KSSR TMK Tahun 6

IPGK Kent, Tuaran, Sabah (22-23 April 2015)

Peserta Kursus Penyebaran DSKP KSSR TMK Tahun 6

SK Taman Seroja, Sepang, Selangor (29-30 April 2015)

Friday, May 29, 2015

Hasil Kerja Kumpulan Semua Tempat Kursus Dikemaskini

Makluman semua peserta, hasil kerja kumpulan bagi semua tempat kursus yang telah kami kunjungi telah dikemaskini. Hasil kerja cikgu-cikgu semua ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua guru yang akan mengajar matapelajaran TMK Tahun 6 Tahun hadapan.

Siri Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 Tamat Hari Ini

Siri Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 KSSR telah tamat dengan rasminya hari ini. PPD Johor menjadi destinasi terakhir kami khususnya daerah Johor Bahru bagi saya dan rakan-rakan JUK lain.

Terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama yang diberikan kepada semua peserta di setiap tempat kursus yang kami kunjungi iaitu

1. Daerah Jempol/Jelebu, Negeri Sembilan
2. Daerah Tuaran, Sabah



3. Daerah Sepang, Selangor
4. Daerah Jerantut, Pahang
5. Daerah Johor Bahru, Johor

Banyak pengalaman yang kami perolehi daripada siri kursus ini dan kami juga harapkan cikgu-cikgu semua pun sama mendapat pengalaman serta manfaat daripada apa yang telah kami sampaikan. Diharapkan agarcikgu-cikgu semua dapat menjalankan tugas cikgu-cikgu dengan menyebarkan apa yang telah disampaikan kepada cikgu kepada rakan-rakan lain di sekolah masing-masing. Sebarang masalah atau kemusykilan, cikgu-cikgu boleh merujuk kembali kepada kami.

Akhir kata, jika ada sebarang salah silap atau kekurangan kami sepanjang mengendalikan kursus di tempat cikgu-cikgu, kami memohon maaf.

Thursday, April 30, 2015

Hasil Kerja Kumpulan

Atas permintaan peserta-peserta kursus, semua hasil kerja kumpulan di setiap tempat kursus telah dimuat naik untuk perkongsian atau panduan bersama. Sila klik pautan "Hasil Kerja Kumpulan" diatas.

Wednesday, April 29, 2015

Bandwidth Cloud Storage Limit Reached!

Semua fail bahan kursus ditempatkan di cloud storage percuma. Oleh kerana akses yang tinggi oleh para peserta, bandwidth yang diperuntukkan setiap bulan telah digunakan 100%. Anda mungkin akan menghadapi sedikit masalah untuk memuat turun bahan-bahan disebabkan perkara ini. Walau bagaimanapun, bandwidth quota akan di reset semula pada 1hb setiap bulan dan anda akan dapat memuat turun seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.

Video Tutorial Scratch Bagi Membantu Peserta Mahir Scratch

Bagi membantu mendalami kemahiran menggunakan perisian Scratch, beberapa siri video tutorial Scratch telah dimuat naik. Anda boleh memuat turun video-video tersebut melalui pautan "Bahan Kursus > Video Tutorial Scratch" diatas. Semoga bahan ini akan dapat membantu guru-guru.

Sunday, April 26, 2015

Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 KSSR PPD Tuaran, Sabah Berjalan Lancar

Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 KSSR bagi daerah Tuaran, Sabah telah diadakan pada 22 & 23 April 2015 dengan jayanya. Kursus ini berjalan serentak di semua daerah di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi daerah Tuaran, 2 tempat kursus disediakan iaitu di IPGK Kent dan PPD Tuaran.



IPG Kent telah menempatkan seramai 34 orang peserta kursus dan telah dikendalikan bersama Dr. Kok Boon Shiong, pensyarah IPGK Kent sendiri. Hari pertama kursus berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah penghawa dingin di termpat kursus. Capaian internet di IPGK Kent adalah sangat bagus sehingga menjangkau 10Mbps membolehkan para peserta memuat turun semua bahan kursus dari blog ini dengan cepat.

Selain itu kami juga menyediakan portal localhost http://192.168.1.102/tmk-ors secara local wifi yang mana peserta juga dapat memuat turun bahan-bahan yang sama terus dari laptop JUK. Pemacu kilat juga digunakan oleh peserta yang tidak membawa laptop bagi menyalin semua bahan.

Hari kedua kami terpaksa berpindah ke Dewan Hone berikutan masalah penghawa dingin yang makin kritikal. Dewan yang luas dan selesa sedikit sebanyak membantu peserta untuk lebih fokus kepada pengisian kursus termasuk kerja dalam kumpulan serta persembahan. Namun begitu, pada penghujung kursus, kawasan Tuaran mengadapi gangguan bekalan elektrik selama lebih kurang 10 minit menyebabkan majlis penutup terpaksa ditangguhkan. Majlis penutupan telah dilakukan oleh wakil PPD Tuaran.


Kursus ditamatkan jam 4.00 petang.

Monday, April 20, 2015

Templat Pelaporan Offline TMK Terbaharu

Mohon kerjasama semua peserta kursus untuk memuat turun templat pelaporan offline bagi matapelajaran TMK versi terbaharu bagi semua tahun pada pautan 'Pelaporan Offline' di atas. Terdapat beberapa penambahbaikan serta pembetulan ralat. Mohon sebarkankan kepada guru-guru TMK lain.

Terima kasih.