Sunday, April 26, 2015

Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 KSSR PPD Tuaran, Sabah Berjalan Lancar

Kursus Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 KSSR bagi daerah Tuaran, Sabah telah diadakan pada 22 & 23 April 2015 dengan jayanya. Kursus ini berjalan serentak di semua daerah di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi daerah Tuaran, 2 tempat kursus disediakan iaitu di IPGK Kent dan PPD Tuaran.



IPG Kent telah menempatkan seramai 34 orang peserta kursus dan telah dikendalikan bersama Dr. Kok Boon Shiong, pensyarah IPGK Kent sendiri. Hari pertama kursus berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah penghawa dingin di termpat kursus. Capaian internet di IPGK Kent adalah sangat bagus sehingga menjangkau 10Mbps membolehkan para peserta memuat turun semua bahan kursus dari blog ini dengan cepat.

Selain itu kami juga menyediakan portal localhost http://192.168.1.102/tmk-ors secara local wifi yang mana peserta juga dapat memuat turun bahan-bahan yang sama terus dari laptop JUK. Pemacu kilat juga digunakan oleh peserta yang tidak membawa laptop bagi menyalin semua bahan.

Hari kedua kami terpaksa berpindah ke Dewan Hone berikutan masalah penghawa dingin yang makin kritikal. Dewan yang luas dan selesa sedikit sebanyak membantu peserta untuk lebih fokus kepada pengisian kursus termasuk kerja dalam kumpulan serta persembahan. Namun begitu, pada penghujung kursus, kawasan Tuaran mengadapi gangguan bekalan elektrik selama lebih kurang 10 minit menyebabkan majlis penutup terpaksa ditangguhkan. Majlis penutupan telah dilakukan oleh wakil PPD Tuaran.


Kursus ditamatkan jam 4.00 petang.

0 comments:

Post a Comment